Friday, November 26, 2010

AKTIVITI PENGAJARAN 2

Tajuk : Isipadu Cecair Tahun 2

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran: Mengukur dan membezakan isipadu cecair dengan menggunakan bahan dan alat yang berlainan.

Hasil Pembelajaran :

Di harap pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat mengukur isipadu cecair dan membezakan isipadu cecair berdasarkan alat yang berlainan saiz.
Pengetahuan sedia ada :
Murid-murid telah pun mempelajari bagaimana untuk membanding beza dengan menggunakan perkataan lebih atau kurang daripada, banyak atau sikit dan tinggi atau rendah, pada pelajaran yang lepas dalam tajuk nombor bulat.

Istilah
Lebih banyak, kurang daripada, kosong, separuh, penuh.

Alat mengajar
Gelas, botol, mug dan besen
Langkah-langkah pengajaran :
  1. Bahagika kelas kepada kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada 4 orang murid. Pembelajaran secara koperatif akan berlaku dalam setiap kumpulan.
  2. Seorang ahli kumpulan akan ditugaskakan sebagai pencatat atau merekod keputusan.
  3. Setiap kumpulan diberikan beberapa bekas yang berlainan saiz dan satu jag.
  4. Murid disuruh supaya mengisikan jag tersebut dengan air.
  5. Murid disuruh  menganggarkan berapa jumlah cawankah yang diperlukan untuk memenuhkan jag tersebut dengan air.
  6. Murid juga disuruh supaya menganggarkan berapa cawan yang digunakan untuk memenuhkan botol.
  7. Ulangi dengan bekas yang lain.
  8. Setiap ahli kumpulan dikehendaki merekod keputusan yang diperolehi ke dalam jadual yang diberikan.

No comments:

Post a Comment