Friday, November 26, 2010


FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES


HBMT 2103: TEACHING MATEMATICS IN YEAR TWO
SEPTEMBER 2010 SEMESTER

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA PELAJAR :  SAPURA BINTI OSMAN
NAMA MATRIKS :  770913-13-5518-002




NAMA TUTOR :
EN. CHUA CHONG SAIR 

PUSAT PEMBELAJARAN :
PPW KEDAH


SOALAN TUGASAN



FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES


HBMT 2103: TEACHING MATEMATICS IN YEAR TWO
SEPTEMBER 2010 SEMESTER


1.     This assignment has a ONE (1) question only. You may write in English or in Malay.

2.     Your assignment should be typed on A4 paper using 12 pt Times New Roman and 1.5 line spacing.

3.     This assignment carries a 30% weightage towards the final grade.

4.     This assignment should be prepared individually.

5.     You are to submit your assignment online through the myVLE. Please refer to the instructions in the portal for more information on how to submit your assignment online.

6.     Your assignment must be submitted before or by the 5th tutorial . Submissions after deadline are not acceptable.

7.     Your assignment will be assessed according to the specification contained in the rubric accompanying the assignment question.

8.     Your assignment should be limited to 1000-1200 words only.

9.     Plagiarism in all forms will not be tolerated. Assignment submitted will automatically be subjected  to a similarity check.

·       Assignments with 10 – 30% overlap with others will be subjected to a 20% deduction from the total gross marks scored.

·       Assignments with more than 30% overlap with others will earn zero mark on the assignment. In such cases, the course grade will be determined solely on the basis of marks obtained in the remaining components of the course assessment.












ASSIGNMENT QUESTION

Misconception on capacity may arise among the students while teaching Volume of liquid especially when comparing capacity of two containers that can hold more. Students often make the comparison on height rather than its capacity. Find ONE (1) video in the internet that show how volume of liquid are measured. Create TWO (2) teaching aids that can be applied to Year Two students to help them understand better. Based on your teaching aids, you are required to create TWO (2) teaching activities; each for high achiever and low achiever students. Finally, you are required to develop your own blog and  post the video, teaching aid and teaching activities in your blog. You are free to choose any platform that are available in the internet. For reference you may browse at http://www.blogger.com/ on developing your blog. You are only required to submit link to your blog.  


VIDEO




VIDEO

PENGENALAN

Pengukuran ialah satu proses yang sangat berguna dalam kehidupan seharian kita. Pengajaran dan pembelajaran tentang pengukuran boleh membantu murid-murid belajar operasi nombor kerana terdapat banyak konsep-konsep dan langkah-langkah matematik yang menjadi asas kepada kedua-dua konsep pengukuran dan nombor tersebut.  
Isipadu cecair merujuk kepada kapasiti cecair dalam sesuatu bekas. Kapasiti atau muatan boleh diukur dengan menggunakan  unit bukan piawai iaitu lebih atau kurang dan  unit piawai dalam millimeter (ml) dan liter (l) dalam sistem metrik.
Guru boleh menggunakan bahan-bahan yang dikumpulkan seperti botol air mineral, teko, pasu, mangkuk dan lain-lain untuk membuat ujikaji tentang pengukuran muatan yang terkandung dalam sesuatu bekas.
Guru juga boleh memperkenalkan konsep mengenai kapasiti kepada murid-murid dengan bertanya,” Bekas manakah  yang mengandungi lebih isinya?”
Guru perlu memastikan bahawa murid-murid tidak mendapat konsep yang salah mengenai kapasiti. Perbandingan kapasiti boleh dibuat di antara dua bekas secara langsung untuk memudahkan murid-murid memahaminya.
Semasa membuat perbandingan langsung, murid-murid diberi beberapa jenis bekas yang berlainan saiz yang digunakan untuk mengisi air. Murid-murid boleh mengisi air ke dalam satu bekas dan menuangnya ke dalam satu bekas yang lain untuk melihat bekas mana yang boleh mengisi lebih air.
Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran isipadu cecair lebih berkesan dan dapat memperkembangkan pemahaman konsep kapasiti dan isipadu cecair di dalam diri murid-murid.
Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan bahan sebenar akan lebih memahami apa yang dipelajari. Murid-murid juga akan dapat membina sendiri konsep
kapasiti dan isipadu cecair dengan lebih berkesan berdasarkan pengetahuan sedia ada dan pengalaman mereka.
Penguasaan konsep isipadu cecair perlu dikuasai oleh murid-murid supaya pengajaran dan pembelajaran isipadu cecair lebih berkesan. Guru perlu membantu murid-murid supaya dapat menguasai konsep isipadu cecair dengan baik dan berkesan. Oleh itu penggunaan bahan atau alat bantu mengajar perlu digunakan supaya pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.
ALAT BANTU MENGAJAR (1)

i)Besen yang berisi air
ii)Botol air kordial(kosong)
iii)Botol air berkarbonat(kosong)
iv)Cawan
v)Corong
vi)Borang untuk merekod
                                                                         Corong
                                                          
                                                                       Botol air kordial
                                                         
                                                                Cara menyukat air


                                                                       Besen berisi air


                                                                 Botol air berkarbonat
                                                        
                                                         Cawan untuk menyukat (unit tidak piawai
AKTIVITI PENGAJARAN 1

Berikut adalah aktiviti pengajaran yang boleh dijalankan menggunakan alat bantu mengajar seperti di atas iaitu alat bantu mengajar(1). Aktiviti ini sesuai  dijalankan untuk murid-murid yang lemah(pemulihan).

Topik:Isipadu cecair
Kemahiran:Menyukat dan membandingkan isipadu cecair dengan unit tidak piawai
Hasil pembelajaran:
Murid-murid harus dapat:
1)Menyukat isipadu cecair menggunakan unit yang tidak piawai.
2)Membuat perbandingan antara dua sukatan isipadu cecair iaitu banyak atau sedikit dan lebih atau kurang.
Alat bantu mengajar:
i)Besen yang berisi air
ii)Botol air kordial(kosong)
iii)Botol air berkarbonat(kosong)
iv)Cawan
v)Corong
vi)Borang untuk merekod
Prosedur/langkah-langkah pengajaran:
1)Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.4 orang dalam satu kumpulan.
2)Setiap kumpulan akan diberikan dengan alat bantu mengajar seperti yang di atas.
3)Guru memberi penerangan tentang cara menggunakan alatan yang diberikan.
4)Dengan menggunakan cawan dan corong,murid-murid diminta mengisi air ke dalam botol yang diberikan iaitu botol air kordial dan botol air berkarbonat.
5)Guru menyatakan kegunaan corong adalah untuk mengelakkan air yang diisi tumpah.Ini adalah kerana guru ingin memastikan supaya air yang disukat ke dalam setiap botol itu adalah tepat.
6)Selepas itu,setiap kumpulan diminta merekodkan bilangan cawan berisi air yang boleh dimuatkan ke dalam kedua-dua botol tersebut.
7)Borangnya adalah seperti berikut:


Bekas
Bilangan cawan
1.Botol air berkarbonat

2.Botol air kordial



8)Setiap kumpulan diminta membuat perbandingan iaitu bilangan cawan yang boleh mengisi kedua-dua botol  tersebut.
9)Ketua kumpulan diminta melaporkan bilangan cawan yang dapat mengisi kedua-dua botol tersebut.
10)Selepas itu, guru bersoaljawab dengan murid-murid.
            a) Botol manakah yang boleh diisi dengan banyak air?
            b) Botol manakah yang memuatkan sedikit air?
11)Guru membuat kesimpulan tentang aktiviti yang telah dijalankan.
12)Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid untuk memantapkan lagi pemahaman mereka tentang aktiviti yang telah dijalankan.
13)Guru membuat rumusan dan kesimpulan tentang aktiviti yang telah dijalankan.
ALAT / BAHAN PENNGAJARAN 2




Alat / Bahan
Anggaran
Ukuran sebenar

Mug






gelas

                        





botol
                   






besen
                        


AKTIVITI PENGAJARAN 2

Tajuk : Isipadu Cecair Tahun 2

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran: Mengukur dan membezakan isipadu cecair dengan menggunakan bahan dan alat yang berlainan.

Hasil Pembelajaran :

Di harap pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat mengukur isipadu cecair dan membezakan isipadu cecair berdasarkan alat yang berlainan saiz.
Pengetahuan sedia ada :
Murid-murid telah pun mempelajari bagaimana untuk membanding beza dengan menggunakan perkataan lebih atau kurang daripada, banyak atau sikit dan tinggi atau rendah, pada pelajaran yang lepas dalam tajuk nombor bulat.

Istilah
Lebih banyak, kurang daripada, kosong, separuh, penuh.

Alat mengajar
Gelas, botol, mug dan besen
Langkah-langkah pengajaran :
  1. Bahagika kelas kepada kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada 4 orang murid. Pembelajaran secara koperatif akan berlaku dalam setiap kumpulan.
  2. Seorang ahli kumpulan akan ditugaskakan sebagai pencatat atau merekod keputusan.
  3. Setiap kumpulan diberikan beberapa bekas yang berlainan saiz dan satu jag.
  4. Murid disuruh supaya mengisikan jag tersebut dengan air.
  5. Murid disuruh  menganggarkan berapa jumlah cawankah yang diperlukan untuk memenuhkan jag tersebut dengan air.
  6. Murid juga disuruh supaya menganggarkan berapa cawan yang digunakan untuk memenuhkan botol.
  7. Ulangi dengan bekas yang lain.
  8. Setiap ahli kumpulan dikehendaki merekod keputusan yang diperolehi ke dalam jadual yang diberikan.
PENUTUP

            Setelah menonton video yang disertakan dan menjalani aktiviti pembelajaran berpandukan alat bantu mengajar,diharap akan dapat membantu murid-murid memahami konsep kapasiti isipadu cecair. Guru harus mempelbagaikan alat bantu mengajar dan aktiviti pembelajaran agar murid-murid mudah memahami konsep yang hendak diajar. Selain itu, kaedah dan cara yang menarik juga mampu meningkatkan kefahaman murid tentang apa yang  dipelajari. Dengan ini,objektif pelajaran juga dapat dicapai dengan jayanya.
Semasa menjalankan aktiviti pembelajaran juga, guru juga  harus memberi peluang kepada para pelajar untuk melibatkan diri secara aktif kerana ini akan memberi motivasi dan keyakinan diri yang tinggi di samping dapat mengukuhkan pemahaman mereka tentang sesuatu konsep yang telah dipelajari. Oleh itu guru harus memastikan supaya aktiviti pengajaran dapat difahami dengan mudah oleh murid-murid supaya pengajaran guru tersebut berkesan dan dapat menarik minat murid untuk terus belajar.
Pelbagai kaedah dan alat bantu yang digunakan oleh guru juga akan dapat membantu para pelajar untuk memahami konsep yang telah dipelajari kerana pengajaran matematik melibatkan pembinaan konsep disamping penguasaan kemahiran dan penyelesaian masalah. Pengajaran matematik yang berkesan juga akan menghasilkan pembelajaran matematik yang mudah dan menyeronokkan. Oleh yang demikian, pengetahuan tentang isi kandungan, kaedah mengajar dan gaya pembelajaran murid mestilah dikuasai sepenuhnya oleh para guru matematik. Setiap guru matematik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan ketrampilan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan,kebolehan  dan tahap pencapaian para pelajar.
RUJUKAN


Murugiah s/o Velayutham & Kao Thuan Keat.(2010).HBMT2103 Teaching Mathematics in  
            Year Two. Selangor Darul Ehsan:Open University Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum,Kementerian Pendidikan Malaysia.(2003).Integrated
            Curriculum For Primary School Mathematics Year Two.
Lee Tak Sing, Lean Kee Fong & Azizah Binti Haji Tengah.(2003).Mathematics Year 2 Activity
            Book Part 2.Selangor Darul Ehsan:Hypersurf Corporation Sdn.Bhd.
Lee Tak Sing, Lean Kee Fong & Azizah Binti Haji Tengah.(2003).Mathematics Year 2 Textbook
             Part 2.Selangor Darul Ehsan:Hypersurf Corporation Sdn.Bhd.
Lena Lai.(2010).Zoom In Topical Drill Mathematics Year 2 Bilingual.Petaling Jaya:Penerbit
            Mega Setia Emas Sdn.Bhd.